Setitik ilmu yang meresap ke dalam jiwa lebih bermakna daripada beribu-ribu titisan ilmu yang menjadi hiasan di mata.

Ahad, 20 Disember 2015

Da'i Untuk Akhirat vs. Da'i Untuk Dunia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Post saya kali ni mungkin akan buatkan anda terguris hati atau apa-apa saja yang negative.. so, sebelum saya truskan tulisan saya ni eloklah kalau saya mintak maaf dulu.. dan mungkin artikel ni lebih khusus kpda da'i-da'i di luar sana..

Sebenarnya dah lama saya nak tulis pasai menda ni..bukan untuk korang je tapi untuk diriku juga yang baru berjinak-jinak dengan dunia dakwah..

Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,

Sebelum saya melangkah jauh pasal topik ni, saya nak tanya 2 soalan..

READY???

GET SET...

GOOOOOO!!!!!!


.....................................................................................................................

Soalan 1 :

"Apa yang kau paham tentang dakwah?"

Cuba fikirkan, renungkan..kalau yg dh lama berdakwah tu kompem tau.. Apa maksud dakwah..apa yang difahami dan diikuti.. Jawablah soalan ni dengan tenang...


Pastu mulalah nak carik kat google, wikipedia, ask.fm bagai tu.. saya x nak jawapan yang "skema"..tpi saya nak jawapan yang sejujurnya dari hati anda.. apa itu dakwah..?



Soalan 2 :

"Kenapa kau terjebak dalam dunia dakwah?"

Kalau kita dh wat dakwah banyak kali..sepatutnya kita tau kenapa kita nak dakwah.. knape kita terjebak dalam dunia dakwah...mcm soalan 1, saya nk jawapan dri hati..tanyalah hati, tanyalah akal..kalau dua-dua x sehaluan...tanyalah IMAN..

.....................................................................................................................

Saya dapat beberapa mesej / inbox. saya pilih beberapa je..utk dikongsikan..utk tatapan bersama..

Respon Soalan 1 :

Mr. AF : dakwah ni mcm sesuatu benda yg dilakukan utk mengajak org kearah kebaikan.dakwah ni pon dh lame wujud,dr zaman nabi lg.jd perkare ni pon diteruskan oleh org2 skarang,dgn pelbagai care & teknik org kite buat dakwah,ade yg ceramah,ade menyentapkan org banyak lg ahh

Mr. ASZ : Satu seruan kpd seluruh alam utk kembali kpd fitrah kejadian...

Respon Soalan 2 :

Mr. MAAS : aq terjebak sbb aq rase aq perlu dan aq nk gak dpt hadiah dia. lg satu sbb aq suke tgk pu.

Mrs. NAHS : terjebak sebab kalau kau sorang je berdakwah tapi orang lain tak berdakwah cane benda baik tu nak improve. zaman srkarang ni ramai yg terikut ikut orang. tanak la kan sorang sorang je masuk syurga

Mr. MA : sbb klau nak tunggu seseorang jadi sempurna baru boleh berdakwah maka x ade sape pun boleh ....................................................................................................................

Konklusi : Kalau dakwah untuk akhirat, In Syaa Allah jawapannya boleh diterima pakai.. kalau bukan..ia akan jadi merapu-rapu..

( maaflah kalau tetibe tanya soklan gitu..ye.. :) :) :) )

....................................................................................................................

Ok, back to the point..mesti ada yang tertanya..

"knape tetibe tanya soklan ni??"

"Ape kaitan soklan dengan tajuk ni??"

"Syadid nye kau!!!!"

Sebenanye..
( ok, back to serious mode.. )

Menerusi soalan di atas, kita akan rasai siapa kita sebenarnya..da'i untuk dunia atau da'i untuk akhirat.. Jawapan kita yang akan menunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya..

Ok..





Back to the point again..

Sebenarnya, apa perbezaan antara da'i untuk dunia dan da'i untuk akhirat??

Da'i untuk akhirat ni maksudnya = buat dakwah hanya kerana Allah

kalau..

Da'i untuk dunia = buat dakwah nak harapkan pujian, populariti, dan sebagainya...bukannya kerana Allah..

Ok..aq bagitau skang gak..cuba baca dan check diri kita..dimana kita berada.. :


  1. Da'i untuk akhirat ni..dia akan sentiasa bertaqwa kepada Allah x kira masa...samada sorang-sorang atau kat tengah orang ramai.

    Da'i untuk dunia ni..taqwa dia pada Allah mase ade orang peratikan die je..kalau x de orang x de nye dia nak bertakwa. Hakikatnya, setiap masa dia akan diperatikan..
    -
  2. Da'i untuk akhirat ni..akan sentiasa bersikap rendah diri walaupun sangat terkenal di dunia ini. Hatta kalau dia popular pon, dia x kan gunakan popularitinya untuk "shoot down" da'i-da'i yang lain..

    Kalau Da'i untuk dunia.. sikap bangga dirinya melebihi apa yang dia dapat..followers cuma 5 orang je tu pun nak bangga diri..dah boleh rasakan diri tu popular sangat......dia ni "warak sungguh.." kan??
    -
  3. Da'i untuk akhirat ni..teguran dia tu bukan untuk orang lain je, tapi untuk diri dia sendiri gak. Sebabnya dia tahu bahwa setiap manusia pasti akan buat kesalahan x terkecuali dia. Dia juga akan menerima nasihat orang dengan terbuka dan tidak takut salah.

    Da'i untuk dunia ni..teguran dia ni bersifat untuk ambush orang lain..dia akan keep ambushing orang yang kononnya nak 'didakwahkan' sampai orang tu jadi rimas..walhal sendiri pun x buat apa yang ditegurnya mungkin kerna fikir diri dia tu sikit je dosa berbanding orang lain.. Dia juga x boleh terima nasihat orang dengan terbuka. Sebab itu akan mengguris egonya sebagai da'i..( kononnye )..
    -
  4. Da'i untuk akhirat.. dia akan pelihara lidah dan tutur katanya. Dia akan memastikan tutur katanya tak mengguris hati orang lain..sebab dia lebih takutkan lidahnya berbanding musuhnya.. kalau dia bercakap..dia akan bercakap atas dasar ilmu...

    Da'i untuk dunia..dia takkan pelihara lidah dan tutur katanya..sebab dia lebih takutkan musuhnya daripada lidah..takut sampai x berani nak kluarkan kebenaran..
    -
  5. Da'i untuk akhirat ni..dia tidak akan memuji dirinya sendiri walaupun benda tu ada kat diri dia.. dia juga takutkan pujian kerana baginya pujian adalah amaran bahawa dia perlu lebih berhati-hati dalam dakwah. Dia juga akan mengambil positif dari tohmahan yang diberikan kepadanya.

    Kalau da'i untuk dunia..dia akan memuji-muji dirinya sendiri walaupun menda tu kecik je.. ( contoh : sedekah RM1.00 je kot tu pon nak selfie masuk fb, insta bagai.. ) dan dia sangat mengharapkan pujian orang terhadap kerja dakwahnya.. Dia sangat dahagakan pujian daripada orang ramai.. dia juga akan rasa down bila ada orang kutuk, ngumpat dia.
    -
  6. Da'i untuk akhirat ni..dia tak akan mencaci, menghina, memaki sesorang yang buat salah kat dia. Sebaliknya dia akan memaafkan orang itu dan akan menegurnya secara hikmah..

    Da'i untuk dunia ni..hmmm... x payah nak crita la..walaupun orang tu buat salah sikit jer...dia akan attack orang tu habis-habisan..tpi tengok level orang tu dulu jugak ah..kalau orang tu yg dia respek ( macam senior ke.. ) dia x kan tegoq apa-apa..tpi kalau orang tu dia x penah nampak, x penah respek...............
    -
  7. Da'i untuk akhirat..dia akan jadikan Al-Quran, Sunnah dan ilmunya sebagai petunjuk ke arah semua akhlak..dia akan kongsikan segala-galanya kepada semua orang tanpa mengharapkan sebarang balasan mahupun pujian..dia x kan sesekali menjual ilmunya untuk mendapatkan apa yang dia mahu..

    Kalau da'i untuk dunia..dia jadikan Al-Quran, Sunnah dan ilmunya sebagai cara untuk dia dipuji oleh orang ramai..juga boleh dijadikan cara untuk mengumpan awek/pakwe nye.. dia akan kongsikan segala-galanya bertujuan untuk mendapatkan pujian..dia juga sanggup menjual ilmunya semata-mata kerana apa yang dia nakkan..


Fuh!! itu je la yang aku mampu sampaikan...aq x sanggup lagi nak tulis memanjang...


So, bila kita dah baca benda kat atas tu..cuba kita tanya diri kita.. kita ni da'i dunia atau da'i akhirat??

Sejujurnya..aq adalah seorang da'i untuk dunia...aq pernah berdakwah bukan kerana Allah tpi untuk mengambil hati "someone special".

tapi, aku baru tersedar, apa yang dimaksudkan dengan dakwah.. dakwah sebenarnya ada fekanya yang tersendiri..bukan main suka-suka je..

sebab itulah aq buat sume ni bukan saje sebagai pedoman untuk korang..tpi untuk aq jugak..

Kadangkala kita tak perasan....

Kita rasa kita sedang berdakwah,
Kita rasa kita hebat dalam agama,
Kita rasa kita sangat alim dalam beragama,

Tapi, sedarkah kita?
Siapakah kita yang sebenarnya?

Kita adalah pembohong di dalam agama..
Kita mendustakan agama kita sendiri..
Kita menjual agama kita sendiri...
Semuanya hanya kerana mahukan dunia..
Ya..
Dunia yang akan binasa..

Kita suruh orang jangan bercouple,
Tapi kita tidak sedar yang kita pun sedang bercouple..

Kita suruh orang tutup aurat dengan sempurna,
Tapi kita tak sedar kita punya aurat lebih terdedah dari dia..

Kita jaga awek kita daripada buat dosa,
Tapi kita tak jaga ibu kita daripada buat dosa...

Kita putarbelitkan dalil-dalil dalam Al-Quran,
Semata-mata untuk keinginan nafsu serakah..

Wahai pejuang-pejuang agama,
Siapa kamu sebenarnya di sisi Allah?

Pejuang Agama..atau penipu dalam Agama??

Semak balik diri kita..check balik diri kita..siapa kita ni..dan apa yang kita mahukan pada masa hadapan nanti..
Sekian itu saje..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan