PERMOHONAN MAAF KEPADA SEMUA PEMNGUNJUNG DA'INTERNET
Kepada semua pengunjung Da'Internet sekalian,
Pada hari ini, saya memohon ampun dan maaf kerana cerita Dia Seorang Ahmad II - Jatuh Di Tempat Sama perlu diubah tajuk dan tarikh siarannya.
Berikut merupakan tajuk yang terbaru bagi cerita ini :
Tajuk : Dia Seorang Ahmad II - Dunia Murabbi
Tarikh keluar : ( tidak diketahui lagi memandangkan ia adalah keputusan yang amat drastik )
Berikut merupakan beberapa alasan yang perlu dikemukakan ( saya rasa ) :
1. Kekangan masa. Sejak dua menjak ini, saya tidak mendapat masa yang banyak untuk mengemas kini blog ini apatah lagi menulis cerita ini. Hal ini disebabkan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar semakin berat terutama pada tahun ini.
2. Gejala Writer's Block.. fuh!! gejala ini amat menyukarkanku dalam menyiapkan cerita ini. Pada asalnya, cerita ini telah diadun dengan baik tetapi entah macammana adunan itu tiba-tiba sahaja hilang...
Segala kesulitan amatlah dikesali...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan