Setitik ilmu yang meresap ke dalam jiwa lebih bermakna daripada beribu-ribu titisan ilmu yang menjadi hiasan di mata.

Ahad, 24 Januari 2016

PERMOHONAN MAAF KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DA'INTERNET

PERMOHONAN MAAF KEPADA SEMUA PEMNGUNJUNG DA'INTERNET

Kepada semua pengunjung Da'Internet sekalian,
Pada hari ini, saya memohon ampun dan maaf kerana cerita Dia Seorang Ahmad II - Jatuh Di Tempat Sama perlu diubah tajuk dan tarikh siarannya.

Berikut merupakan tajuk yang terbaru bagi cerita ini :

Tajuk : Dia Seorang Ahmad II - Dunia Murabbi

Tarikh keluar : ( tidak diketahui lagi memandangkan ia adalah keputusan yang amat drastik )

Berikut merupakan beberapa alasan yang perlu dikemukakan ( saya rasa ) :

1. Kekangan masa. Sejak dua menjak ini, saya tidak mendapat masa yang banyak untuk mengemas kini blog ini apatah lagi menulis cerita ini. Hal ini disebabkan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar semakin berat terutama pada tahun ini.

2. Gejala Writer's Block.. fuh!! gejala ini amat menyukarkanku dalam menyiapkan cerita ini. Pada asalnya, cerita ini telah diadun dengan baik tetapi entah macammana adunan itu tiba-tiba sahaja hilang...

Segala kesulitan amatlah dikesali...

Ahad, 20 Disember 2015

Da'i Untuk Akhirat vs. Da'i Untuk Dunia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Post saya kali ni mungkin akan buatkan anda terguris hati atau apa-apa saja yang negative.. so, sebelum saya truskan tulisan saya ni eloklah kalau saya mintak maaf dulu.. dan mungkin artikel ni lebih khusus kpda da'i-da'i di luar sana..

Sebenarnya dah lama saya nak tulis pasai menda ni..bukan untuk korang je tapi untuk diriku juga yang baru berjinak-jinak dengan dunia dakwah..

Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,

Sebelum saya melangkah jauh pasal topik ni, saya nak tanya 2 soalan..

READY???

GET SET...

GOOOOOO!!!!!!


.....................................................................................................................

Soalan 1 :

"Apa yang kau paham tentang dakwah?"

Cuba fikirkan, renungkan..kalau yg dh lama berdakwah tu kompem tau.. Apa maksud dakwah..apa yang difahami dan diikuti.. Jawablah soalan ni dengan tenang...


Pastu mulalah nak carik kat google, wikipedia, ask.fm bagai tu.. saya x nak jawapan yang "skema"..tpi saya nak jawapan yang sejujurnya dari hati anda.. apa itu dakwah..?



Soalan 2 :

"Kenapa kau terjebak dalam dunia dakwah?"

Kalau kita dh wat dakwah banyak kali..sepatutnya kita tau kenapa kita nak dakwah.. knape kita terjebak dalam dunia dakwah...mcm soalan 1, saya nk jawapan dri hati..tanyalah hati, tanyalah akal..kalau dua-dua x sehaluan...tanyalah IMAN..

.....................................................................................................................

Saya dapat beberapa mesej / inbox. saya pilih beberapa je..utk dikongsikan..utk tatapan bersama..

Respon Soalan 1 :

Mr. AF : dakwah ni mcm sesuatu benda yg dilakukan utk mengajak org kearah kebaikan.dakwah ni pon dh lame wujud,dr zaman nabi lg.jd perkare ni pon diteruskan oleh org2 skarang,dgn pelbagai care & teknik org kite buat dakwah,ade yg ceramah,ade menyentapkan org banyak lg ahh

Mr. ASZ : Satu seruan kpd seluruh alam utk kembali kpd fitrah kejadian...

Respon Soalan 2 :

Mr. MAAS : aq terjebak sbb aq rase aq perlu dan aq nk gak dpt hadiah dia. lg satu sbb aq suke tgk pu.

Mrs. NAHS : terjebak sebab kalau kau sorang je berdakwah tapi orang lain tak berdakwah cane benda baik tu nak improve. zaman srkarang ni ramai yg terikut ikut orang. tanak la kan sorang sorang je masuk syurga

Mr. MA : sbb klau nak tunggu seseorang jadi sempurna baru boleh berdakwah maka x ade sape pun boleh ....................................................................................................................

Konklusi : Kalau dakwah untuk akhirat, In Syaa Allah jawapannya boleh diterima pakai.. kalau bukan..ia akan jadi merapu-rapu..

( maaflah kalau tetibe tanya soklan gitu..ye.. :) :) :) )

....................................................................................................................

Ok, back to the point..mesti ada yang tertanya..

"knape tetibe tanya soklan ni??"

"Ape kaitan soklan dengan tajuk ni??"

"Syadid nye kau!!!!"

Sebenanye..
( ok, back to serious mode.. )

Menerusi soalan di atas, kita akan rasai siapa kita sebenarnya..da'i untuk dunia atau da'i untuk akhirat.. Jawapan kita yang akan menunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya..

Ok..





Back to the point again..

Sebenarnya, apa perbezaan antara da'i untuk dunia dan da'i untuk akhirat??

Da'i untuk akhirat ni maksudnya = buat dakwah hanya kerana Allah

kalau..

Da'i untuk dunia = buat dakwah nak harapkan pujian, populariti, dan sebagainya...bukannya kerana Allah..

Ok..aq bagitau skang gak..cuba baca dan check diri kita..dimana kita berada.. :


  1. Da'i untuk akhirat ni..dia akan sentiasa bertaqwa kepada Allah x kira masa...samada sorang-sorang atau kat tengah orang ramai.

    Da'i untuk dunia ni..taqwa dia pada Allah mase ade orang peratikan die je..kalau x de orang x de nye dia nak bertakwa. Hakikatnya, setiap masa dia akan diperatikan..
    -
  2. Da'i untuk akhirat ni..akan sentiasa bersikap rendah diri walaupun sangat terkenal di dunia ini. Hatta kalau dia popular pon, dia x kan gunakan popularitinya untuk "shoot down" da'i-da'i yang lain..

    Kalau Da'i untuk dunia.. sikap bangga dirinya melebihi apa yang dia dapat..followers cuma 5 orang je tu pun nak bangga diri..dah boleh rasakan diri tu popular sangat......dia ni "warak sungguh.." kan??
    -
  3. Da'i untuk akhirat ni..teguran dia tu bukan untuk orang lain je, tapi untuk diri dia sendiri gak. Sebabnya dia tahu bahwa setiap manusia pasti akan buat kesalahan x terkecuali dia. Dia juga akan menerima nasihat orang dengan terbuka dan tidak takut salah.

    Da'i untuk dunia ni..teguran dia ni bersifat untuk ambush orang lain..dia akan keep ambushing orang yang kononnya nak 'didakwahkan' sampai orang tu jadi rimas..walhal sendiri pun x buat apa yang ditegurnya mungkin kerna fikir diri dia tu sikit je dosa berbanding orang lain.. Dia juga x boleh terima nasihat orang dengan terbuka. Sebab itu akan mengguris egonya sebagai da'i..( kononnye )..
    -
  4. Da'i untuk akhirat.. dia akan pelihara lidah dan tutur katanya. Dia akan memastikan tutur katanya tak mengguris hati orang lain..sebab dia lebih takutkan lidahnya berbanding musuhnya.. kalau dia bercakap..dia akan bercakap atas dasar ilmu...

    Da'i untuk dunia..dia takkan pelihara lidah dan tutur katanya..sebab dia lebih takutkan musuhnya daripada lidah..takut sampai x berani nak kluarkan kebenaran..
    -
  5. Da'i untuk akhirat ni..dia tidak akan memuji dirinya sendiri walaupun benda tu ada kat diri dia.. dia juga takutkan pujian kerana baginya pujian adalah amaran bahawa dia perlu lebih berhati-hati dalam dakwah. Dia juga akan mengambil positif dari tohmahan yang diberikan kepadanya.

    Kalau da'i untuk dunia..dia akan memuji-muji dirinya sendiri walaupun menda tu kecik je.. ( contoh : sedekah RM1.00 je kot tu pon nak selfie masuk fb, insta bagai.. ) dan dia sangat mengharapkan pujian orang terhadap kerja dakwahnya.. Dia sangat dahagakan pujian daripada orang ramai.. dia juga akan rasa down bila ada orang kutuk, ngumpat dia.
    -
  6. Da'i untuk akhirat ni..dia tak akan mencaci, menghina, memaki sesorang yang buat salah kat dia. Sebaliknya dia akan memaafkan orang itu dan akan menegurnya secara hikmah..

    Da'i untuk dunia ni..hmmm... x payah nak crita la..walaupun orang tu buat salah sikit jer...dia akan attack orang tu habis-habisan..tpi tengok level orang tu dulu jugak ah..kalau orang tu yg dia respek ( macam senior ke.. ) dia x kan tegoq apa-apa..tpi kalau orang tu dia x penah nampak, x penah respek...............
    -
  7. Da'i untuk akhirat..dia akan jadikan Al-Quran, Sunnah dan ilmunya sebagai petunjuk ke arah semua akhlak..dia akan kongsikan segala-galanya kepada semua orang tanpa mengharapkan sebarang balasan mahupun pujian..dia x kan sesekali menjual ilmunya untuk mendapatkan apa yang dia mahu..

    Kalau da'i untuk dunia..dia jadikan Al-Quran, Sunnah dan ilmunya sebagai cara untuk dia dipuji oleh orang ramai..juga boleh dijadikan cara untuk mengumpan awek/pakwe nye.. dia akan kongsikan segala-galanya bertujuan untuk mendapatkan pujian..dia juga sanggup menjual ilmunya semata-mata kerana apa yang dia nakkan..


Fuh!! itu je la yang aku mampu sampaikan...aq x sanggup lagi nak tulis memanjang...


So, bila kita dah baca benda kat atas tu..cuba kita tanya diri kita.. kita ni da'i dunia atau da'i akhirat??

Sejujurnya..aq adalah seorang da'i untuk dunia...aq pernah berdakwah bukan kerana Allah tpi untuk mengambil hati "someone special".

tapi, aku baru tersedar, apa yang dimaksudkan dengan dakwah.. dakwah sebenarnya ada fekanya yang tersendiri..bukan main suka-suka je..

sebab itulah aq buat sume ni bukan saje sebagai pedoman untuk korang..tpi untuk aq jugak..

Kadangkala kita tak perasan....

Kita rasa kita sedang berdakwah,
Kita rasa kita hebat dalam agama,
Kita rasa kita sangat alim dalam beragama,

Tapi, sedarkah kita?
Siapakah kita yang sebenarnya?

Kita adalah pembohong di dalam agama..
Kita mendustakan agama kita sendiri..
Kita menjual agama kita sendiri...
Semuanya hanya kerana mahukan dunia..
Ya..
Dunia yang akan binasa..

Kita suruh orang jangan bercouple,
Tapi kita tidak sedar yang kita pun sedang bercouple..

Kita suruh orang tutup aurat dengan sempurna,
Tapi kita tak sedar kita punya aurat lebih terdedah dari dia..

Kita jaga awek kita daripada buat dosa,
Tapi kita tak jaga ibu kita daripada buat dosa...

Kita putarbelitkan dalil-dalil dalam Al-Quran,
Semata-mata untuk keinginan nafsu serakah..

Wahai pejuang-pejuang agama,
Siapa kamu sebenarnya di sisi Allah?

Pejuang Agama..atau penipu dalam Agama??

Semak balik diri kita..check balik diri kita..siapa kita ni..dan apa yang kita mahukan pada masa hadapan nanti..
Sekian itu saje..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sabtu, 19 Disember 2015

Dia Seorang Ahmad - Jatuh Di Tempat Sama ( Trailer )

"Sesungguhnya ujian Allah SWT terhadap hamba-Nya tidak pernah putus."
Setelah Ahmad bangkit dari lena dunia, kini dia berdepan lagi dengan cabaran yang baru. Cabaran yang pernah dialaminya dahulu namun ia lebih menggerunkan kerana lebih ramai yang akan menguji kesabaran Ahmad.

Ujian buat Ahmad makin menjadi-jadi apabila insan yang sentiasa menyokongnya, Akhi Syafiq keluar 'mengembara' ke "The Land of Examination". 

Setelah diasak bertubi-tubi, akhirnya Ahmad tewas juga. Dia akhirnya telah jatuh di tempat yang sama..

Namun, seseorang yang misteri muncul untuk "menggantikan" tempat Akhi Syafiq. Persoalannya..Siapa??

Semuanya dalam :



.............................................................................................................................

"Dia Seorang Ahmad II - Jatuh Di Tempat Sama"

"Akan Datang"

"Januari 2016"

"In Syaa Allah"

.............................................................................................................................

Dia Seorang Ahmad - Ukhwah vs. Cinta

Hisyam : Weyh, bosannya duduk kt skola ni..dh la x de kwn lama...

Ahmad: Padan muke...tengok aq...aq ada je kwn dri skolah lama walaupun membosankan..

Hisyam : Aik?? kau ada kawan dri skolah lama ke??

Ahmad : Hak'ah.. tu, si Aminah tu.

Hisyam : Untong ah...tpi kan, sebenanya bosan tau kalau ada kawan lama... x boleh nk crita kt org pasal skola lama...

Hisyam : Hmmpphhhh... Kau ngan Aminah tu dulu satu kelas ke??

Ahmad : dri dajah 1 wo...bosan oh...

Hisyam : Huish!!! ni takdir ni...takdir...

Ahmad : Pebenda takdirnya....

Hisyam : Ahmad, ahmad....percayalah...di mana kau berada... di situ dia akan tetap ikut kau...kau akan tetap bersama dia sampai mati.. percayalah..

Ahmad : #%@%&*%@!$^*%
( harap paham maksud bahasa asing tu.. )

Sejak itu, Hisyam seringkali menduakan Ahmad dan Aminah. Pada mulanya, memang Ahmad tidak menyukai sikap Ahmad dan membenci Aminah kerana wujud dalam hidupnya. Tetapi, lama-kelamaan perasaan benci Ahmad kepada Aminah telah bertukar menjadi.....

Sejak itu, Ahmad mengejar-ngejar mimpinya yang disangka indah. Bagi menutupi kesalahan CRUSH, dia mencari-cri dalil samada dari Al-Quran atau hadis bgi membolehkan dia melakukan hal tersebut..sikapnya itu telah menjadikan dia seorang yang pembohong dalam agama. Pada luaran dilihat sebagai orang yang alim tapi bak kata pepatah melayu. “ada udang di sebalik batu.”

Sedang Ahmad dengan mimpinya, tibalah PPT... bagi memikat Aminah, Ahmad telah belajar bersungguh-sungguh agar dia dapat tunjuk pandai kat Aminat.Tapi, hakikatnya, keputusan yang diperoleh Ahmad sungguh mendukacitakan...

Dia hanya memperoleh 1A 4B 2C 2E

Murabbi Ahmad, Akhi Syafiq terkejut bila dengar keputusan Ahmad..lantas dia memanggil Ahmad ke dormnya...

Akhi Syafiq: Kau rse...kau dapat keputusan teruk sbb knapa? mesti ada yg x kena ni..
katanya lagi : cuba kau fikir betul-betul...

Ahmad pon fikir dan fikir....dan setelah lebih kurang 15 minit berfikir, Ahmad dpt jawapan bahawa...
“aq salah niat dalam belajar...”

Akhi Syafiq : kau salah niat sbb knapa?

mula-mula Ahmad rse malu nk ckp perkara sebenar...
tpi Akhi Syafiq kata..
"Jangan risau...aku ni nak bantu kau..aku kan PRS"
lalu pada malam tu lah Ahmad luahkan segala-galanya kat dia..
dia mendengar luahan Ahmad dengan penuh tenang

selepas cerita, Akhi Syafiq pon memeluk Ahmad lalu cakap satu kata-kata yang x kan Ahmad lupakan...

Akhi Syafiq : Ahmad, Memang hidup saling berpasangan adalah satu fitrah bagi manusia. Namun, mengapa kita perlu terlalu mengejar-ngejar fitrah tersebut sehingga melupakan perkara yang wajib iaitu menuntut ilmu? Adakah terdapat dalil yang mewajibkan manusia mencari pasangan melebihi menuntut ilmu? Perjalanan kau masih jauh...tpi kau seperti menyingkatkannya..
Ramai yang menggunakan alasan “Cinta itu Fitrah” untuk menghalalkan perbuatan mereka namun hakikatnya mereka tidak memahami apa yang diperkatakan oleh mereka. Fitrah itu perlulah diurus mengikut kehendak syariah, bukan kehendak nafsu semata.

Ahmad terkedu dan menangis dalam pelukan murabbinya itu..

Akhi Syafiq : Dah, sekarang ni, pegi ambil wudhu..solat taubat...

Ahmad mengikuti arahan murabbinya itu... dia solat sambil menangis terimbau dosa-dosanya yang lalu.

kemudian...Akhi Syafiq cuba bimbing Ahmad.. mula-mula dia buatkan Ahmad sibuk dengan dunia hadis...
kemudian dia perkenalkan Ahmad kt dunia hafazan...setiap minggu Ahmad akan ditasmik oleh murabbinya itu..

brulah Ahmad merasakan bahawa...

“Berukhwah lebih bermanfaat berbanding bercinta..”

kmudian lgi beberapa bulan Akhi Syafiq nk SPM...lalu dia lepaskan Ahmad...sbb dia yakin Ahmad mampu hadapinya..

akhirnya jadilah Ahmad seperti hari ni..yakni seorang sentiasa bergantung harap pada cinta Yang Satu..







Namun, kisahnya tidak terhenti di sini sahaja..

 Ikuti kisah Ahmad yang selanjutnya dalam "JATUH DI TEMPAT SAMA" dan ""MENCARI DIRI YANG SEBENAR"


 Stay Tuned.. :)

Jumaat, 18 Disember 2015

Niat & Judge

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana kita masih lagi diberi peluang untuk bertaubat dari dosa-dosa kita yang menggunung ini..

Jadi, bile korang tengok tajuk post ni korang mesti dah agak kan, apa hadis yang saya akan kongsikan kat korang? Dan mesti ada yang mengeluh..

"Halaa..kenapa tajuk niat? clishe la..x de tajuk lain ke.. asyik NIAT, NIAT, NIAT!!! bosan ah.."

Sejujurnya, saya sangat sedih dengan golongan yang macam ni. Kenapa? Sebab mereka x begitu peduli mengenai niat walhal niat ni sebenarnya perkara paling penting yang menentukan setiap status amalan kita.

Dalam sebuah hadis Muttafaqun Alaih, Rasulullah SAW telah bersabda :

"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat dan setiap orang akan mendapat apa-apa yang dihajatkannya."  ( HR Muttafaqun Alaih )

Sebenarnya, kalau kita fahami maksud hadis ni, kita akan tahu bahawa niat ni perkara yang sangat besar dan penting. Diulangi, BESAR DAN PENTING..

"Eh, hak'ah la..tapi kan, niat tu apa?"

Ok, mari kita tengok formula mudah di bawah :

Niat = Tujuan sesuatu perbuatan

Faham?? Ok, setiap perkara yang kita buat mesti ada niat, kan? contoh : kita makan dengan niat nak hilangkan rasa lapar.

Sebenarnya, niat ni lah yang menyebabkan sesuatu amalan kita yang dianggap remeh boleh menjadi lebih mulia berbading amalan yang dianggap hebat tapi tiada nilai.

Saya bagi 2 situasi :

"Ali mendermakan 5.2 billion ringgit kepada rumah kebajikan Al-Ikhwah dengan niat untuk menempa nama sebagai manusia yang pemurah."

"Aliah memberi sebiji kurma kepada seorang yang miskin kerana kasihan melihatnya."

Mengikut pandangan kita, memanglah kita merasakan sumbangan Ali sangat besar namun di sisi Allah tiada nilainya. Berbanding dengan Aliah, walaupun hanya sebiji kurma tapi kerana niatnya itu, maka amalan itu diterima oleh Allah.

"Ish..apelah...niat masing-masing..kita mana boleh judge orang!!"

Memang la..benda yang kat atas tu cuma cotoh yang saya ingin bagi.

Kita memang x boleh judge orang. Contohnya :

"Ish, dia ni bagi derma ni mesti nak tunjuk diri dia tu pemurah."

"Alahai..miskin gilee si ___ tu..sampai derma pon x nak bagi!!"

"Orang ni kompem masuk neraka..ibadah tah pape!!!!" ( hati-hati dengan dialog ni sebab dialog ni boleh heret kita ke neraka )

"Wah, rajinnya ___ solat sunat!! Ni mesti nak tunjuk alim kat awek dia ni.."

"Hmm..dia rajin pergi kuliah ni sebab nak cari ilmu ke nak cari makan?"

Dan baaaaaaaaaanyakkkkkk lagi contoh yang saya malas nak tulis..

NO!! Siapa kita ni nak judge hati orang?

Siapa kita?
Siapa kita?

Kita hanya manusia,
Yang lemah jua buta,
Tidak tahu melainkan keizinan-Nya,
Mencedok ilmu dari ilmu-Nya,
Punya dosa dan pahala,
Juga punya fitrah dan rasa,

Siapa kita?
Mahu menjadi seperti Tuhan,
Sedangkan diri tiada kekuatan,
Walau sezarah juga sejengkal,
Kita sumua milik TUHAN.

Sekian tu sahaja, saya pun nak release kan tangan saya ni..kita bertemu lagi di lain post. In Syaa Allah..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Khamis, 17 Disember 2015

Cinta Abadi Pt 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum..

Pada hari ni saya ingin kongsikan kepada semua pasal cinta. Ya! Cinta!! Tapi, apa yang kita bahaskan nanti adalah cinta abadi. Kalau x berminat boleh kluar dari blog ini..haha..x de la..gurau je..

Sebelum itu, apa definisi cinta ye?
Ok,
Cinta bolehla didefinisikan dalam bahasa mudahnya sebagai satu perasaan sayang. Kalau nak formula ringkasnye..

Cinta = Sayang

Dalam Islam, cinta yang paling agung adalah cinta seorang hamba kepada Penciptanya, iaitu Allah. Malah, kalaulah kita tidak meletakkan cinta Allah & Rasul sebagai 'the first in your heart', kita dianggap tidak beriman. Ya, TIDAK BERIMAN!!!!

"Eleh bro, lu sangat sembang kencang pasal agama la..cuba try bagi dalil skit..baru orang pecaye.."

Ok, aku bagi dalilnya..

Katakanlah; “Jika bapak-bapak, anak-anak,saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggalyang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (At-Taubah 24)

Orang-orang yang beriman lebih kuat cintanya kepada Allah. (Al-Baqarah 165)

Dari Anas Bin Malik dari Nabi shallahu’alaihi wasallam bersabda, “Tidak (sempurna) iman salah seorang kalian sehingga Allah dan rasulNya lebih dia cintai daripada selainnya.."(HR Ahmad)

Ada faham..?

Ok, kita kembali ke point sebenar..Ermm..saya dah terlupa la...





Ahah!! Baru saya ingat!! hehe..
Percayakan anda bahwa cinta Allah kepada hamba-Nya melebihi cinta hamba-Nya kepada Allah? Nak bukti? Nak ke tak nak mesti terima hakikat yang sebenarnya..

Cuba kita fikir apa sahaja nikmat yang Allah berikan kat kita..Cuba senaraikan..Jangan risau sebab saya pun akan senaraikan untuk diri saya..

1. Islam
2. Iman
3. Ibu dan ayah
4. Udara yang bersih
5. Negara yang aman
6. Pancaindera
7. Akal yang cerdas
8. Ermm............

Ok, itu jelah yang saya mampu senaraikan..sebab kalau banyak sangat kang korang x senaraikan pulak..hehe..

Bila difikirkan balik, banyak tak nikmat yang Allah bagi kat kita? Banyak tak? Sebenarnya, itulah tandanya Allah sayang kat kita, sebagai hamba-Nya. Apa yang Allah nak cuma beribadah kepada-Nya saja..Cuba kita check diri kita..adakah kita benar-benar menyanyangi Allah..

Cuba kita renungkan,

harta atau Allah yang kau lagi sayang?
pangkat atau Allah yang kau lagi sayang?
penyanyi tanah air atau Allah yang kau lagi sayang?
VIP atau Allah yang kau lagi sayang?

Saya bagi contoh situasi,

jika kita disuruh memilih antara pertambahan iman dengan pertambahan harta dalam akaun, mana yang kita akan pilih?

Nampak tak betapa sukarnya kita nak buat pilihan.. Saya bagi lagi..

Kita bimbang majikan akan potong gaji kita kalau kita lambat datang kerja. Tapi, pernah x kita takut apabila terlambat solat Subuh? Pernahkah kita takut kalau-kalau Allah akan potong rezeki kita?

Kita takut kalau cikgu x puas hati dengan hasil folio atau keja kita, takut kalau dibaginya markah yang rendah. Tapi, pernahkah kita takut kalau-kalau Allah tak puas hati dengan amalan kita?

Bila kita renung diri kita balik, betapa jauhnya kita dengan Allah. Dekatnya kita dengan Allah tak sedekat kita dengan syaitan.


Mesti ada yang terfikir,
"Eh, aku solat..jadi..aku ni cinta kat Allah la.."

Memang, memang kita solat, tapi adakah kita bimbang kalau solat kita x diterima oleh Allah?

Kadang-kadang, bila kita buat sesuatu ibadah, kita x buat dengan bersungguh-sungguh seperti x mengharapkan cinta Allah langsung..

Maaflah kalau tulisan saya kali ni pelik sikit..tapi, sebenarnya ni luahan hati saya bila saya tengok ramai manusia yang lalai dalam ibadahnya...

Mereka solat, tapi.. x khusyuk
Mereka solat, tapi.. x faham apa itu solat
Mereka solat, tapi.. sekadar menggugurkan kewajipan
Mereka solat, tapi.. sekadar mendapat pujian orang...

Sebenarnya, banyak lagi yang saya ingin luahkan tapi..biarlah saya luahkan di post yang lain.. In Syaa Allah..

Sekian,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Kejar Cita Bukan Cinta - Episod 1 Bahagian 1

   Pada awal pagi itu, kelihatan tiga lembaga yang ponteng perhimpunan sedang memasuki kelas 5 Amanah. Salah satu lembaga tersebut membelek-belek beg seseorang manakala satu lagi lembaga memegang ‘sesuatu’ sambil tersenyum. Setelah selesai membelek-belek beg tersebut, mereka memasukkan ‘sesuatu’ ke dalam beg tersebut lalu dizipkan beg itu dengan rapi.

   “Weh, mereka dah datang!” kata salah satu lembaga tersebut lalu melarikan diri.

   Dua lembaga yang sedang ketawa berdekeh-dekeh terus berlari meninggalkan kelas tersebut. Sudah lama mereka merancang ‘projek istimewa’ ini.

__________________________________________________________________________________________
   Suasana di dalam kelas 5 Amanah itu cukup ceria. Ramai yang berbual-bual kosong dan ada juga yang sibuk mengulangkaji pelajaran. Dalam keadaan begitu, tiba-tiba cikgu masuk ke dalam kelas.

   “Bangun, Assalamualaikum cikgu!”. Jerit ketua kelas 5 Amanah yang kemudiannya disambut oleh pelajar yang lain.

   “Waalaikumussalam. Baiklah para pelajar, sila keluarkan kerja yang saya berikan kepada anda semua semalam.” Kata Cikgu Musa yang mengajar subjek Sejarah.

   Para pelajar sibuk mencari buku latihan dalam beg masing-masing. Ada yang mengeluh kerana tugasan yang diberikan tidak dapat disiapkannya dengan sempurna. “Ya lah, subjek Sejarah!” kata mereka. Tetapi ada juga yang tersenyum gembira kerana kerja yang disiapkannya sudah cukup sempurna baginya.

   Amir yang sedang mencari bukunya menjerit apabila melihat begnya dipenuhi dengan katak.

   “Astaghfirullah, apa dah jadi dengan beg kamu ni Amir?” tanya Cikgu Musa.

   Pelajar yang lain menahan ketawa melihat telatah Amir. Amir masih lagi diam seribu bahasa bercampur kehairanan. Mana mungkin beg yang telah dizip dengan baik dan rapi dimasuki katak yang besar. Malah bukannya seekor, tapi enam ekor!

   “Kamu bela katak ye?” Soalan Cikgu Musa tadi terus disambut dengan riang tawa daripada pelajar-pelajar yang lain.

   Amir tertunduk malu mendengar persoalan cikgu tersebut. Dia tahu benar siapa yang melakukan hal tersebut. Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama dia dimalukan sebegitu rupa. Dia bagai sudah ‘masak’ dengan kehidupannya di sekolah. Itulah cabarannya sebagai seorang pelajar di SAM Bukit Kapar.

   Dalam kalangan pelajar yang ketawa tedapat seorang pelajar yang berasa amat simpati dengannya. Pada waktu rehat, pelajar tersebut telah menemui Amir di kantin.

   “Amir, kamu ok tak?” Tanya Zaid.

   Amir yang sedang menikmati hidangan yang dibawanya dari rumah masih lagi diam seribu bahasa.


   “Kenapalah mereka buat macam ni kat kau? Apalah salah kau?” Keluh Zaid. 

- Bersambung -