Setitik ilmu yang meresap ke dalam jiwa lebih bermakna daripada beribu-ribu titisan ilmu yang menjadi hiasan di mata.

Sabtu, 19 Disember 2015

Dia Seorang Ahmad - Ukhwah vs. Cinta

Hisyam : Weyh, bosannya duduk kt skola ni..dh la x de kwn lama...

Ahmad: Padan muke...tengok aq...aq ada je kwn dri skolah lama walaupun membosankan..

Hisyam : Aik?? kau ada kawan dri skolah lama ke??

Ahmad : Hak'ah.. tu, si Aminah tu.

Hisyam : Untong ah...tpi kan, sebenanya bosan tau kalau ada kawan lama... x boleh nk crita kt org pasal skola lama...

Hisyam : Hmmpphhhh... Kau ngan Aminah tu dulu satu kelas ke??

Ahmad : dri dajah 1 wo...bosan oh...

Hisyam : Huish!!! ni takdir ni...takdir...

Ahmad : Pebenda takdirnya....

Hisyam : Ahmad, ahmad....percayalah...di mana kau berada... di situ dia akan tetap ikut kau...kau akan tetap bersama dia sampai mati.. percayalah..

Ahmad : #%@%&*%@!$^*%
( harap paham maksud bahasa asing tu.. )

Sejak itu, Hisyam seringkali menduakan Ahmad dan Aminah. Pada mulanya, memang Ahmad tidak menyukai sikap Ahmad dan membenci Aminah kerana wujud dalam hidupnya. Tetapi, lama-kelamaan perasaan benci Ahmad kepada Aminah telah bertukar menjadi.....

Sejak itu, Ahmad mengejar-ngejar mimpinya yang disangka indah. Bagi menutupi kesalahan CRUSH, dia mencari-cri dalil samada dari Al-Quran atau hadis bgi membolehkan dia melakukan hal tersebut..sikapnya itu telah menjadikan dia seorang yang pembohong dalam agama. Pada luaran dilihat sebagai orang yang alim tapi bak kata pepatah melayu. “ada udang di sebalik batu.”

Sedang Ahmad dengan mimpinya, tibalah PPT... bagi memikat Aminah, Ahmad telah belajar bersungguh-sungguh agar dia dapat tunjuk pandai kat Aminat.Tapi, hakikatnya, keputusan yang diperoleh Ahmad sungguh mendukacitakan...

Dia hanya memperoleh 1A 4B 2C 2E

Murabbi Ahmad, Akhi Syafiq terkejut bila dengar keputusan Ahmad..lantas dia memanggil Ahmad ke dormnya...

Akhi Syafiq: Kau rse...kau dapat keputusan teruk sbb knapa? mesti ada yg x kena ni..
katanya lagi : cuba kau fikir betul-betul...

Ahmad pon fikir dan fikir....dan setelah lebih kurang 15 minit berfikir, Ahmad dpt jawapan bahawa...
“aq salah niat dalam belajar...”

Akhi Syafiq : kau salah niat sbb knapa?

mula-mula Ahmad rse malu nk ckp perkara sebenar...
tpi Akhi Syafiq kata..
"Jangan risau...aku ni nak bantu kau..aku kan PRS"
lalu pada malam tu lah Ahmad luahkan segala-galanya kat dia..
dia mendengar luahan Ahmad dengan penuh tenang

selepas cerita, Akhi Syafiq pon memeluk Ahmad lalu cakap satu kata-kata yang x kan Ahmad lupakan...

Akhi Syafiq : Ahmad, Memang hidup saling berpasangan adalah satu fitrah bagi manusia. Namun, mengapa kita perlu terlalu mengejar-ngejar fitrah tersebut sehingga melupakan perkara yang wajib iaitu menuntut ilmu? Adakah terdapat dalil yang mewajibkan manusia mencari pasangan melebihi menuntut ilmu? Perjalanan kau masih jauh...tpi kau seperti menyingkatkannya..
Ramai yang menggunakan alasan “Cinta itu Fitrah” untuk menghalalkan perbuatan mereka namun hakikatnya mereka tidak memahami apa yang diperkatakan oleh mereka. Fitrah itu perlulah diurus mengikut kehendak syariah, bukan kehendak nafsu semata.

Ahmad terkedu dan menangis dalam pelukan murabbinya itu..

Akhi Syafiq : Dah, sekarang ni, pegi ambil wudhu..solat taubat...

Ahmad mengikuti arahan murabbinya itu... dia solat sambil menangis terimbau dosa-dosanya yang lalu.

kemudian...Akhi Syafiq cuba bimbing Ahmad.. mula-mula dia buatkan Ahmad sibuk dengan dunia hadis...
kemudian dia perkenalkan Ahmad kt dunia hafazan...setiap minggu Ahmad akan ditasmik oleh murabbinya itu..

brulah Ahmad merasakan bahawa...

“Berukhwah lebih bermanfaat berbanding bercinta..”

kmudian lgi beberapa bulan Akhi Syafiq nk SPM...lalu dia lepaskan Ahmad...sbb dia yakin Ahmad mampu hadapinya..

akhirnya jadilah Ahmad seperti hari ni..yakni seorang sentiasa bergantung harap pada cinta Yang Satu..







Namun, kisahnya tidak terhenti di sini sahaja..

 Ikuti kisah Ahmad yang selanjutnya dalam "JATUH DI TEMPAT SAMA" dan ""MENCARI DIRI YANG SEBENAR"


 Stay Tuned.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan