Setitik ilmu yang meresap ke dalam jiwa lebih bermakna daripada beribu-ribu titisan ilmu yang menjadi hiasan di mata.

Jumaat, 18 Disember 2015

Niat & Judge

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana kita masih lagi diberi peluang untuk bertaubat dari dosa-dosa kita yang menggunung ini..

Jadi, bile korang tengok tajuk post ni korang mesti dah agak kan, apa hadis yang saya akan kongsikan kat korang? Dan mesti ada yang mengeluh..

"Halaa..kenapa tajuk niat? clishe la..x de tajuk lain ke.. asyik NIAT, NIAT, NIAT!!! bosan ah.."

Sejujurnya, saya sangat sedih dengan golongan yang macam ni. Kenapa? Sebab mereka x begitu peduli mengenai niat walhal niat ni sebenarnya perkara paling penting yang menentukan setiap status amalan kita.

Dalam sebuah hadis Muttafaqun Alaih, Rasulullah SAW telah bersabda :

"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat dan setiap orang akan mendapat apa-apa yang dihajatkannya."  ( HR Muttafaqun Alaih )

Sebenarnya, kalau kita fahami maksud hadis ni, kita akan tahu bahawa niat ni perkara yang sangat besar dan penting. Diulangi, BESAR DAN PENTING..

"Eh, hak'ah la..tapi kan, niat tu apa?"

Ok, mari kita tengok formula mudah di bawah :

Niat = Tujuan sesuatu perbuatan

Faham?? Ok, setiap perkara yang kita buat mesti ada niat, kan? contoh : kita makan dengan niat nak hilangkan rasa lapar.

Sebenarnya, niat ni lah yang menyebabkan sesuatu amalan kita yang dianggap remeh boleh menjadi lebih mulia berbading amalan yang dianggap hebat tapi tiada nilai.

Saya bagi 2 situasi :

"Ali mendermakan 5.2 billion ringgit kepada rumah kebajikan Al-Ikhwah dengan niat untuk menempa nama sebagai manusia yang pemurah."

"Aliah memberi sebiji kurma kepada seorang yang miskin kerana kasihan melihatnya."

Mengikut pandangan kita, memanglah kita merasakan sumbangan Ali sangat besar namun di sisi Allah tiada nilainya. Berbanding dengan Aliah, walaupun hanya sebiji kurma tapi kerana niatnya itu, maka amalan itu diterima oleh Allah.

"Ish..apelah...niat masing-masing..kita mana boleh judge orang!!"

Memang la..benda yang kat atas tu cuma cotoh yang saya ingin bagi.

Kita memang x boleh judge orang. Contohnya :

"Ish, dia ni bagi derma ni mesti nak tunjuk diri dia tu pemurah."

"Alahai..miskin gilee si ___ tu..sampai derma pon x nak bagi!!"

"Orang ni kompem masuk neraka..ibadah tah pape!!!!" ( hati-hati dengan dialog ni sebab dialog ni boleh heret kita ke neraka )

"Wah, rajinnya ___ solat sunat!! Ni mesti nak tunjuk alim kat awek dia ni.."

"Hmm..dia rajin pergi kuliah ni sebab nak cari ilmu ke nak cari makan?"

Dan baaaaaaaaaanyakkkkkk lagi contoh yang saya malas nak tulis..

NO!! Siapa kita ni nak judge hati orang?

Siapa kita?
Siapa kita?

Kita hanya manusia,
Yang lemah jua buta,
Tidak tahu melainkan keizinan-Nya,
Mencedok ilmu dari ilmu-Nya,
Punya dosa dan pahala,
Juga punya fitrah dan rasa,

Siapa kita?
Mahu menjadi seperti Tuhan,
Sedangkan diri tiada kekuatan,
Walau sezarah juga sejengkal,
Kita sumua milik TUHAN.

Sekian tu sahaja, saya pun nak release kan tangan saya ni..kita bertemu lagi di lain post. In Syaa Allah..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan